Tuesday, August 2, 2016

Uncle saya Father


"Napa ko tida datang kemarin? Ko pi mana?" dengan nada si chegu yang strict kenen menanya budak dia yang absent kemarin.

"Sa pi church cigu."

"Aii, apa ko bikin di church hari satu?" 
Mo naik siiiikit sudah suara, suspicious ni anak menembirang.

"Anu, ankol sa jadi father."

"Siapa ankol kau? Fr Robin?"

"Iya." Senyum2 kenen dia.

"Petang pun tu...kenapa pagi ko teda?" Mula suspicious balik.

"Kami kena suruh datang awal." Berkerudut dahi dia nervous. Terus cigu cair hati.

"Jadi ko pakai cantik-cantik lah kemarin?"

"Iyaaa," debilang terus senyum kambing.

"Ermmm bah ok lah. Tapi, rekod ko kena picah sudah." 
...................
Sebab anak murid saya ini pegang record full school attendance dari last year until yesterday.
Demi you Rev. Fr. Rob Lo ðŸ˜Š
Congratulations again on your ordination.

Wednesday, June 29, 2016

Tak kesahhhh

30 June 2016 KHAMIS / THURSDAY

Kelas : Tahun 2
Mata pelajaran : Matematik
Tajuk : Perpuluhan


 "Ada tiga pilihan jawapan untuk soalan ini. A, lebih besar daripada. B, lebih kecil daripada. Dan C....."

 Dasar murid suka menyampuk. Asal cikgu dia pause siiiikit, to them, it's a signal to provide an answer.

 "Tak kisah laaaaa," jawab si Qimi selamba.

 "Oiiiiii!"


 Maka satu kelas pun burst into laughter oleh kerana lawak dia.

Tuesday, May 10, 2016

Status: Warna muda

Kelas Seni Visual

"Cigu, apa lagi warna cerah selain warna kuning?"

"Warna yang ada muda-muda lah... "

Belum cigu dia habis cakap mau bagi contoh, yang lain menyampuk...

"Yaaa, muda2 macam yang belum kahwin."

"Macam cigu, muda. Eh, tapi cigu sudah kahwin."

....
Nasib nda kena cakap cigu warna tua.

Monday, May 9, 2016

Terima kasih

On the white board;

Tajuk: Bina cerita berdasarkan ayat Matematik.

8 bahagi 2 sama dengan 4
Ibu ada 8 batang pensel.
Ibu beri Marcilah dan Elsa pensel tersebut secara sama rata.
.
.
.
.
"Ok, apa lagi ayat lepas tu?"

"Marcilah dan Elsa pun menjawab terima kasih, " jawab seorang murid lelaki dengan konfidennya.

Mau marah pun nda jadi sebab nilai murni dia tercapai. Ha!

Friday, April 1, 2016

Why so serious?

"Cigu!" *pointing at my shoes* 
"Tali kasut kau tebuka."

Cikgu dia pun tingu la kasut dia....

"April Fool!!!!"

Pappppp!
Murid itu kena tapap di kaki....

You know, it's been years since someone played an April Fool joke on me.
Caught me unguarded.
Baru kamu tau, cikgu kamu is too serious.
Bleh!